Friday, October 13, 2006

Kita Petua Zaman Bab 5

Ubat Menarikkan Lena

Jadam menarikkan lena apabila dihantarkan di bawah bantal tidur. Demikian jua (...?) menarikkan lena cium dan taruhkan di bawah bantal. Demikian jua halba apabila kita makan akan dia menarikkan lena dan mewariskan mimpi. Demikian jua makan lenga dengan gula. Demikian jua saer? ( gandum kuda) apabila dicampur dengan lenga kemudian gosok dengan dia akan kepala di dalam tempat mandi air hangat menarikkan lena...

Kitab Petua Zaman Bab 4

Ubat Menegahkan Mimpi Yang Hodoh-Hodoh

daun ramilang, jika ditaruh sedikit daripadanya di bawah kepala nescaya tiada meilhat ia akan yang pelik-pelik di dalam mimpinya demikian jua emas (?) siap gantung sepotong yang suci daripadanya nescaya tiada terkejut ia pada linanya. Demikian jua kulit keldai, sesiapa gantung di atas dirinya sepotong daripadanya nescaya tiada terkejut ia pada lenanya...

Wednesday, October 11, 2006

Kitab Petua Zaman Bab 25

Ubat membesarkan zakar

Ambil belerang, lada puteh, bersamaan banyak kemudian lumatkan baik-baik dicampur dengan manisan lebah dan gosoklah dengan dia akan zakar, dibiar hingga satu jam atau lebih maka bahawa sanya besar dan keraslah ia dengan bersangatan. Sebagi lagi tumbukkan lengkuas biar lumat lumat, kemudian hulikan dengan minyak dan sapulah dengan dia akan zakar satu malam, nescaya jadilah ia bersangatan besar.

Kitab Petua Zaman Bab 24

Ubat menambahkan mani

Ambil halia kadar secupak, kemudian dimasukkan tujuk kali air setelah itu jemur kering-kering, tumbuk perbuat serbuk, taruk pada suatu tempat. Istikmalnya diperbuat bubur, atau minum dengan air didih campur minyak sapibarang satu sudu, makan pagi-pagi sebelum makan apa-apa. Sebagi lagi ambik kulit (kayu-)manis, bunga cengkeh, lada, halia, biji pelaga, getah ganda rukam, biji lobak, jintan hitam, bersamaan banyaknya. Di pipiskan sekeliannya lumat-lumat kemudian dimasukkan dengan manisan lebah, diminum pagi-pagi dan kita hendak tidur. Maka bahawa sanya amatlah menguatkan zakar. dan melekitkan mani hingga jadi seumpama telur puteh lagi baik.

Kitab Petua Zaman Bab 22

Ubat faraj perempuan yang dingin

Ambil pucuk pudin, pucuk ruku, pucuk pagi, tiga jenis ini segengam serta digiling halus-halus kemudian digintil sebesar ibu tangan di telan tujuh pagi jangan hampir dengan lelaki di dalm tujuh hari, insyaAllah mujarab.

Kitab Petua Zaman Bab 21

Ubat memberi sempit faraj perempuan

Ambil ubi lengkuas, giling dengan cuka yang masam,minum tiga pagi. Hampasnya ditampal pada uri-uri perempuan itu, insyaAllah mujarab. Demikian jua, hendak memberi sempit faraj yang luas, lagi baik baunya dan nikmat pada laki-laki iaitu ambil lempedu kambing, campur di dalam menisan lebah, minum tiga pagi, insyaAllah mujarab.

Demikian juga ambil gading ayam selasih, rebus dengan kuliat meringin, dan bubuh tepung pulut hitam sedikit. Apabila sudah masak diminum airnya. dan daging itu di makan tiga hari. Dalam masa itu jangan minum air sejuk, insyaAllah taala mujarab. Demikian juga ambil kulit mengkula, kulit penaga, kulit rambutan, rebus sekeliannya jika segantang air biar tinggal secupak. Kemudian airnya diminum tiga pagi. Kemudian kulit itu juga di rebus sekali lagi ambil airnya dibuat cuci faraj terlalu amat baiknya.

Kitab Petua Zaman Bab 20

Ubat memberi baik faraj perempuan dan baik baunya

Ambil buah asam jawa, ibu kunyit, daun dedap, daun pudin, daun limau purut, semuanya dicampur, kering-kering, ditumbuk menjadi tepong, campurkan dengan sedikit beras jawi, dimakan tiga hari insyaAllah mujarab

Friday, October 06, 2006

Petua Zaman Bab 2 - Ubat Terkena Air Hangat

Apabila disapu tempat terkena air panas dengan telur puteh mentah dan kuningnya, menafaat daripadanya. Demikian jua apabila dipudi telur puteh mentah dengan kapas ditampal pada tempat sakit itu. Demikian jua air sejuk apabila dicampur dengan garam kemudian dibasuh keatas padanya dengan dia. Demikian jua cendana puteh diasah dengan air mawar disapu padanya menafaat insyaAllah taala....

Thursday, October 05, 2006

Petua Zaman Bab 1 - Berjaga Malam

Perkara yang menarikkan berjaga malam.

Cium kapur barus itu menarikan berjaga malam. Demikian jua bulu harimau akar, sesiapa menjadikan sehelai daripadanya dibelakang telinganya nescaya tiada mengambil akan dia oleh mengantuk selagi ia diatasnya. Demikian jua hati kelawar, apabila digantung di atasnya maka nescaya tiada lina. Demikian jua bulu burung hantu siapa-siapa apabila ambil akan dia taruh di atas kepalanya tiada mau lina jika ia selagi di atasnya...

(nota: membunuh hidupan liar yang dilindungi adalah satu kesalahan di dalam undang-undang hidupan liar Malaysia)

Kitab Petua Zaman

Petua Zaman: Pusaka Nenek Moyang Melayu

Beberapa puluh tahun dulu saya terjumpa buku kecil ini di sebuah kedai buku di Kota Bharu dan membelinya dengan harga RM1.20. Pada masa itu saya tak tahu betapa baik nilainya.

Di akhir kitab ini, di catat 1353, yang tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ada kemungkinan manuskrip ini ditulis tangan pada tahun 1353 dan dicetak semula kemudiannya.

Saya akan sertakan beberapa keratan penulisan dari buku ini yang ditulis dalam jawi klasik